Wednesday, March 9, 2011

Sudah tiba bulan Mac

Jika dikira bilangan hari, sudah masuk hari ke-78 dalam tahun 2011. Hari ini sudah masuk minggu kedua di bulan Mac. Baru 2 bulan lebih di tahun ini, dah pelbagai cerita suka duka kami lalui. Antara perkara-perkara utama yang tercatat dalam diari harian kami dalam tempoh 78 hari ini ( not in any particular order); 

- Imran Fitri mula ke pra sekolah - hari ke-7

- Perkahwinan adik lelaki saya, Angah - hari ke 57

- Sarah jatuh pada malam tahun baru dan  sekarang berparut di dahi

- Pembantu rumah melarikan diri pada hari ke 51, dan masih belum berganti hingga ke hari ini. Somehow, kami dapat menyesuaikan diri dengan keadaan tiada pembantu, dan rasanya tidak mahu pula mengambil pengganti pembantu yang lari itu. Pasti ada hikmahnya.
- Bila tiada pembantu di rumah, Fahim dan Fitri terus ke daycare selepas pra sekolah, dan Sarah ke rumah baby sitter yang menjaga Fahim dulu. Lapang rasanya bila tiada orang asing di rumah. Kerja rumah kami selesaikan sendiri, walaupun penat namun puas hati. Tidak lagi 'bengkak' je bila tengok rumah bersepah, tapi ada pembantu yang tidak membantu. 
- Berhenti kerja untuk menjaga sendiri anak-anak? Idealistik tetapi tidak realistik buat masa ini.

- Kehilangan N95 yang berjasa memang memberi kesan. Setelah 2 hari survive tanpa alat komunikasi mudah alih, saya mengalah dan akur untuk mendapatkan salah satu smart phone yang ada di pasaran. Lepas 2 hari bergaya dengan smart phone baru, Imran Fitri terjumpa N95 buruk saya tu terperosok di dalam kompartmen bawah stroller adiknya.. Heee... memang hikmahnya nak bagi saya guna telefon baru lah tu. :-)

- berusaha untuk bayar saman trafik pada 28hb Feb - hari ke 58,  tapi gagal. Saya ada 3 saman melebihi had laju, 2 dengan kereta lama bernama Samad, satu dengan kereta sekarang, belum bernama. Nasib baik dilanjutkan 10 hari lagi. Adatlah orang kita, selagi tak tiba hari terakhir , buat dek je kan. Hehe. (Ni kira eventful juga, sbb menyumbang bbrp ratus ringgit kepada kerajaan)

Rasanya tahun ini seperti akan penuh dengan pelbagai lagi peristiwa suka duka. Take it one day at a time as they always say. And hopefully, we are able to plan for a nice family getaway sometime this year. 

*pssst, kepada sepupu suami ku Nieza, ni ha, I dah update blog, takdelah asyik gambar jeruk tu je.. Tapi serius, lately mmg asyik makan jeruk je.. hmmm..hmmm... jangan fikir lain haaa.. :p

No comments:

Post a Comment

Share your thoughts with us;