Thursday, September 30, 2010

Don't Bite When A Hiss Will Do

(kata kucing... kucing yang mana satu, tak tahulah pula.. hihi..)
Bila umur dah makin meningkat ni, perkara yang selamba je kita lakukan 10 tahun dulu, dah tak seselamba mana nak dilakukan sekarang. Ini merujuk kepada perjalanan balik hari dari subang ke jb ke shah alam. Penat betul rasanya. Walaupun dulu cuma memandu kereta hatchback 1.3cc jenama negara berbanding sekarang memandu MPV 1.8cc jenama import, keletihan yang dirasai sekarang amat ketara.

Travelling alone, no longer feel safe comfortable nowadays, especially in terms of security. Like it or not, a few stops must be made throughout the 4 hours journey. Nak berhenti buang air lah, nak solat, nak makan.. Tapi rasa tak selamat tu makin dirasa sekarang. Kot-kot lah ada orang niat tak baik, and peratikan kita, pompuan travel sorang-sorang pulak tu... Hmmm.. of course I'm no millionaire, tapi, the thought of anybody could be a victim was so strong to be ignored. 

Alhamdulillah, trip tersebut berjaya diharungi dengan selamat. Pergi 11 pagi sampai jb 3 ptg. Mesyuarat, bla..bla..bla.. Pukul 5 ptg selesai, terus pecut balik, 9.30malam tiba rumah. Letih yang amat. Next time harus lah consider untuk bermalam kalau meeting di petang hari macam ni!

My fellow stitching buddies;

Oh, I ve started getting my hands on cross stitching again. Rasanya dah lebih setahun tak pegang. the last time masa dalam pantang bersalin Sarah last year. Hehehe.. tapi panaskan enjin dengan projek kecil-kecilan dulu ye. Browsing online for new charts is a must. As if stash yang ada tu boleh habis dibuat semuanya. Haha.. I found this cute design of words by Lizzie Kate;

Pengajaran Kucing Untuk Manusia... Daaa..
Cute right and how true? Hehehe.. should I stash this? No? 

Also, I found a stitcher selling PV's completed pieces for a very, very reasonable price on mudah.com. She's selling for RM 50 per piece. Stitched on linen ok. Don't you think it's a little underpriced? I bought 4 pieces, all from quilt theme by Paula. Tak sabar nak framekan dan gantung di dinding rumah yang masih kosong. Hehehe, nak tunggu tuan rumah siapkan sendiri design yang complicated macam tu, lambat lah lagi.


Ok, hopefully I can put up the small piece that I've started a few days ago, soon here, or else it might turn into another UFO.

Friday, September 24, 2010

10 Tahun Berlalu

Doing the job I love so much.. No? Pejam celik, pejam celik dah sepuluh tahun. Inilah bangunan tertinggi yang pernah saya terlibat dalam proses rekabentuk dan pembinaannya. Rasa puas bila projek sesuatu projek siap. Hilang semua tension, sakit jiwa kena marah, kena maki, tak cukup tanah kejar deadline, bertegang urat semasa dalam pembinaan.

The lady civil engineer, after 10 years
Meh nak share aksi kenang-kenangan di atas roof top bangunan 12 tingkat ini. Projek ini terdiri daripada 2 bangunan utama iaitu bangunan pejabat 12 tingkat dan bangunan kuarters 22 tingkat, di tengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur.
Pemandangan dari tingkat 20

lagi dari tingkat 20

the only access to the roof top.
So, will this lady still be climbing up cat ladders in the next 10 years? The BIG Q in her mind for the past couple of months.

*laaa.. kenapalah tak boleh add photos lagi ni.. nak tambah gambar bangunan yang baru siap ni.. in another entry laa ye.. 

Thursday, September 23, 2010

Raksasa di Pekan Rabu..

...maka muncul lah 2 ultraman untuk menyelamatkan dunia.. hahahahaha..
 
Ultraman Nexus & Ultraman Gaia?
Lama sungguh tak berkunjung ke alor setar, apa lagi ke Pekan Rabu.. kali terakhir rasanya dalam 5 tahun lepas, semasa kami masih berdua.. laa ni dah berlima.. LOL. Mana taknya, bila ada kesempatan balik kampung nenek, mesti banyak acara lain, hari raya lah, kenduri lah.. jadi masa amat terbatas nak ke Alor Setar. Perjalanan dari kampung nenek di Pendang ke Alor Setar adalah dalam 45 minit. Jauh kan?

Pemandangan yang masih sama di dalamnya
Cuti panjang sempena aidilfitri kali ni, kami balik ke kampung nenek dulu. Ada lagi 4 hari sebelum hari raya. Maka sempatlah nak jalan-jalan Aloq Setaq sat. Destinasinya, Pekan Rabu, disebabkan dah lama sangat tak ke sana.. Niat di hati nak cari lah telekung dan kain pelekat nak hadiah kat orang tua. Hmmm... barang hampir sama dari satu kedai dengan yang lain.. dan harganya juga agak tinggi ye sekarang.. Kena pandai tawar menawar sikit kalau nak dapat harga terbaik.. But rata-rata, mahal. Mungkinkah setelah dinaik taraf dan menjadi tempat kegemaran mantan PM?
Nak tunjukkan deretan kedai-kedai kat dalam tu sebenarnya.. heh.
I beli beberapa helai tudung dan kain pelekat sahaja. Juga sehelai tudung untuk Cik Sarah berharga RM15 yang tak pernah dipakai pun. Simpan sampai tahun depan lah ye... My mom beli beberapa helai baju kurung Kedah , nak hadiahkan kepada tok-tok sedara yang ada kat kampung. Baju Melayu agak mahal ye.. Lebih baik beli di tempat lain.
See the bright shiny pink shoes? Baru beli kat Kedai Bata, belakang Pekan Rabu.. hahaha..
Bahagian yang menjual makanan, memang meriah. Kat situ lah beli serunding yang dalam gambar sebelum ni. Kerepek-kerepek, dodol, kuih raya, halwa maskat, kuih bakar (biskut tradisional bewarna putih, yang rangup dan cair di mulut bila makan)... Macam-macam ada.

Snacks
and more snacks
but i didn't buy any of these kerepek pun. Hehe..
Gambar-gambar ni semua diambil oleh my darling sister, Hanis aka Mok Su Hanis. Terpaksalah bagi budak belasan tahun, single mingle carry camera gedabak tu, bila mak budak harus menjalankan peranan carry cik Sarah yang baru hari ke-2 pandai menapak.

Wednesday, September 22, 2010

All Time Favourite

Dengan apa saja : ketupat nasi, ketupat pulut, lontong, roti, nasi kosong.. Semua memenuhi selera.
~Serunding~
RM6/100 gram di Pekan Rabu

::Pic Credits to Mok Su Hanis::

Tuesday, September 21, 2010

Perkembangan Sarah

Recap:
Sarah diberi Epilim Syrup selepas kali ketiga diserang sawan pada April lepas. Masa tu Sarah baru 8 bulan. Dos yang diberi adalah 40mg bd, 1ml 2 kali sehari iaitu dos yang paling rendah untuk mengawal serangan sawan daripada berlaku lagi. Alhamdulillah, selepas 5 bulan, tiada serangan baru terjadi. 
Kami menjalankan follow up dengan seorang konsultan pakar kanak-kanak, walaupun dia bukanlah seorang paed neurologist. Kami stick dengan pakar ini kerana dia yang handle kes Sarah dari awal, dan pada pendapat kami, sekiranya kes Sarah adalah serius, pasti pakar ini (juga seorang Prof) akan merujuk kami kepada pakar neurologi kanak-kanak. Perkembangan positif Sarah juga membuatkan kami tunggu dan lihat dahulu. Epilim perlu diteruskan sehingga 2 tahun bebas dari serangan sawan.
Buku Rekod yang sentiasa dibawa ke mana sahaja, yang mengandungi catatan ringkas doktor tentang keadaan Sarah
Bulan ke-4, ujian darah bagi memeriksa kandungan epilim dalam darah serta fungsi hati dan ginjal dijalankan. Results menunjukkan kandungan epilim dalam darah Sarah adalah kurang dari paras yang sepatutnya, dan mencadangkan agar dos dinaikkan sedikit kepada 45 mg bd sehari. Kalau ikutkan hati mahu saja saya tanya bila boleh start weaning off instead of increasing the dosage, but, this time lebih baik ikut dulu nasihat pakar.

Results blood test. Inset : Catatan terkini doktor, dos epilim dinaikkan kepada 45mg bd

Pembacaan di internet memang banyak memberi maklumat, terutama tentang kesan sampingan daripada epilim ini, yang mana kadang-kadang menakutkan kita sebangai ibubapa bila membacanya. Kadang-kadang tertanya-tanya juga sama ada epilim ni ke yang menyebabkan berat badan Sarah tak naik? Saya perhatikan, sejak mula mengambil epilim, berat Sarah adalah 8.9kg. Sekarang selepas 5 bulan , beratnya baru 9.3kg.  Naik 0.5kg sahaja dalam masa 5 bulan? Should I be worried? Lebih merisaukan tiada peningkatan dari bulan lepas ke bulan ini.

Berbalik kepada input yang saya dapat dari internet, akhirnya saya terjumpa satu maklumbalas dari seorang ibu yang positif, yang mana keadaannya hampir sama dengan Sarah. Lega sedikit. Sekurang-kurangnya tidak semua kes akan menjadi semakin teruk dengan muculnya pelbagai kesan sampingan. At least ada positive hope. Her daughters ( yes two of them ) reacted positively to the drug. The older daughter had completely weaned off the drug and is free from seizures for almost two years now. Yes in some cases, babies will outgrown seizures by themselves walaupun ada juga yang masih perlu bergantung kepada ubat-ubatan sehingga mereka dewasa. Saya berdoa dan berharap agar Sarah pun adalah antara yang bernasib baik seperti mereka.

~Cik Sarah bertopi bunga-bunga~
So, our next follow up will be in another 3 months. Hopefully everything will turn out positively, and I shall consult the specialist to start the weaning off process then. Semoga semuanya yang terbaik untuk Sarah. Amin.

Monday, September 20, 2010

Banyak perkara harus diblog namun..

Salam kembali kawan-kawan... lama sungguh saya bercuti.. 2 minggu solid! Dan blog ini pun turut bercuti. Banyak perkara yang mahu dikongsi, juga mahu direkod untuk kenangan peribadi.. Masa..masa.. di mana kah dikau? Nak cerita tentang trip balik ke Pendang, kisah berhari raya di Bukit Gambir, 2 minggu yang best giler takde bibik menyemak kat rumah... Oh, sarah dah boleh berjalan! Seminggu sebelum raya, masa kat kampung nenek di Pendang. So cute! Jalan terkedek-kedek dengan baju raya (baju kurung ye..) sepanjang hari raya pertama.  Yes, I pakaikan dia baju kurung sampai petang u..

Patut I buat satu entri khas tentang raya saja kan..Tapi waktu ini ianya kelihatan seperti satu impian yang susah digapai. Gambar raya pun tak habis pilih lagi mana nak edit.. Meh tengok gambar sarah masa kat kampung nenek (haha, inipun sebab dah berjaya upload sikit kat FB). 

~Dari celahan jendela kayu~

Minggu ni dah start keje. Separuh hati. Dah seminggu jadi temporary SAHM, bestnya lah kalau boleh berterusan begitu. Dilema diri yang tak berkesudahan.. Di satu sudut terasa nak sambung belajar, nak upgrade diri... di satu sudut lagi rasa nak berkorban untuk anak-anak. Nak besarkan diorang sendiri. Nak tengok diorang membesar dengan 90% masa di depan kita sendiri. Ini satu lagi impian yang sukar direalisasikan. Banyak faktor perlu dipertimbang. Dalaman, luaran.

Ok. Back to reality. Insya Allah ada kesempatan keraplah ada entri baru ye..

~'Muka sukses dah boleh berjalan. Yeay!!~
Walaupun dah terlambat, Selamat Hari Raya Aidilfitri semua, Maaf Zahir dan Batin.