Tuesday, March 16, 2010

Kek Lobak Merah dan Walnut dengan Krim Keju


Ada beberapa orang yang bertanyakan resipi carrot cake yang selalu saya guna. Asalnya, saya hanya mencari resipi carrot cake untuk dicuba, setelah hampir setiap minggu makan carrot slice SR. Update status kat FB, my good buddy lieyn respond dan bagi link ini. (lieyn, aku dah tak jumpa link tu, kalau kau still simpan bagi aku ye)  Alhamdulillah, first time buat menjadi, dan yang penting hubby pun suka, siap promote lagi kat ofis dia. Dan bermulalah episod saya membuat carrot cake ini untuk beberapa ofismate dia, (menerima tempahan lah tu) dan kawan-kawan saya juga. Saya kongsikan di sini. Resipi asal adalah dari Joyofbaking.com. Saya olah sedikit mengikut kesesuaian rasa di tekak saya, dan alhamdulillah ramai yang suka.

Kek Lobak Merah dan Walnut

Bahan-bahan:
2 cawan tepung naik sendiri (resipi asal pakai tepung gandum biasa, saya prefer tepung naik sendiri, brand MFM, pergh, siap bagi brand nih!)
1/2 sudu teh serbuk kayu manis
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh serbuk penaik
Secubit garam halus
4 biji telur
1 cawan gula
1 cawan minyak jagung/canola/masak biasa ( mana-mana pun ok, saya dah cuba semua)
1 sudu teh esen vanilla
2 1/2 cawan lobak merah yang diparut
1 cawan walnut yang dibakar dan dicincang
1/2 cawan kismis dicincang

Kaedah
1. Ayak tepung, serbuk kayu manis, garam, soda dan serbuk penaik bersama.
2. Pukul telur selama 1 minit.
3. Masukkan gula kaster dan pukul lagi hingga kembang, dalam 3 minit.
4. Masukkan minyak dan esen vanila, pukul lagi hingga sebati.
5. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil dipukul sebentar sahaja.
6. Masukkan lobak merah, walnut dan kismis. Adun guna senduk kayu sahaja. Tak perlu guna mixer.
7. Bakar selam 40 minit pada suhu 180 darjah celcius (owh, lupa pulak nak tulis awal2 tadi, sila panaskan oven dulu ye sebelum memulakan langkah 1)

Untuk Cream Cheese Topping yang sedap ( suit to taste lah ye, ni yang saya selalu guna ):
1. Pukul 200gm cream cheese dan 2 sudu mentega hingga kembang.
2. Masukkan 1 cawan gula aising yang telah diayak dan pukul lagi hingga kembang.
3. Parutkan kulit lemon (dari satu biji) - mesti, kalau takde lemon kulit orange atau limau nipis pun ok.

inilah rupa percubaan pertama saya buat carrot cake ini pada bulan puasa 2008. Sememeh. Sampai sekarang pun sememeh. Tapi yummeh!!

Ok. Itu saja. Selamat mencuba.

p/s : macamana nak underline kat blog ni?

3 comments:

  1. kita nak cabar diri sendiri buat menda ni pulak!!!!
    (nak bersihkan sawang dalam oven dulu...kihkihkih...)

    ReplyDelete
  2. yes! sila..sila... erm.. mana gambar tiramisu?

    ReplyDelete
  3. lieyn pun pernah sekali je buat carrot cake ni....tapi asmah punya mmg yg terbaekk!!!

    ReplyDelete

Share your thoughts with us;