Thursday, December 31, 2009

Year End Holiday 2009 : Terkilan Part I

 
Di 'Food Court' Animal Safari World. Makan tengahari adalah disediakan (termasuk dalam harga tiket). Nasi Ayam, bolehlah. Kami adalah famili pertama yang tiba di tempat makan tu sebab kami keluar awal dari 'Multi Animal Show', adik Imran dah lapar sangat. Kami pilih meja yang tepi ni, kununnya bolehlah makan sambil menikmati pemandangan tasik. tengok budak-budak tu dah tak sabar-sabar nak makan.

Tapi, apa yang kami dapat beberapa saat selepas tu?
.
.
.
Dahi Imran Fitri dah berdarah, lebam


sebab apa?
.
.
.

Fixed stool yang adik Imran duduk rupanya tidak attached kepada besi asasnya, menyebabkan Imran Fitri jatuh terpelanting ke lantai dan terhantuk dahinya ke dinding!

 
Saya sangat terkilan, sepatutnya jika stool tu rosak, tidak sempurna, tidak properly fixed, jangan lah diletakkan lapik tu, jadi takdelah kita duduk/gunakan tempat tu. Kesian Imran, dah lah lapar, terpelanting pulak.

Saya menjerit mintak first aid kit dari dua orang yang bertugas kat situ,

1st respons,
"Takde, kak"

I replied, dalam nada kelangsingan yang tinggi (nasib baik takde orang lain kat situ)
"Camner pulak takde? Kepala anak saya dah pecah ni jatuh dari kerusi awak yang rosak" (oklah, saya exaggerate sikit kan..)

Datang lah sorang tu dekat kitorang, tengok dahi Imran dah darah, baru dia pergi carik First Aid Kit. Dia datang bawa satu kotak First Aid yang agak besar (agaknya , kotak untuk haiwan2 show tu kot), bukak2, sekeping plaster pun takde. Ada ubat kuning tu je. Sabar je lah.

Saya minta juga sorang lagi staff tu carikan saya plaster apa cara sekalipun! Akhirnya, dia datang semula dan bagi kami 5 keping plaster.

Nasib baik lukanya tak dalam, tapi dah sangat dekat nak kena mata Imran Fitri. Kesian sangat. Sebab dia lapar, kami suapkan dia makan juga, after the third spoon, dia kunyah nasi tu sampai terlelap kat bahu ayahnya. Sungguh terkilan. Nak happy2, camni lak jadinya..

Ada lagi 2-3 part terkilan.. will blog about them too.. 'One by one' bak kata Yusuf Fahim



Wednesday, December 30, 2009

Bukit Gambir Pun Ada....

Malam 25.12.2009

Jam 2134 tiba di sini



Jam 2205
Melayan perut lapar sambil menikmati pemandangan malam di pekan Bukit Gambir



Nasib baik ada restoran ini,
Jangan tak caya ; baru 2 bulan beroperasi
maju dah pekan ni.. hehe..
(lihat restoran yang 3 tingkat tu)

Friday, December 25, 2009

Lapar ke Sarah?


Sedang Ummi mentelaah majalah baru ni,


tiba-tiba
.
.
.
.
ada kecemasan 10 minit
.
.
nenong..nenong..nenong..
.
.
.
keadaan dah reda, mari kita sambung mentelaah majalah tadi
.
.
.
.
.
.
apa dah jadi?

.
.
.
ada budak dah 'makan' Pizza Ayam Berkeju'

tengok, dah tinggal separuh je.. haish...
.
.
.
kenyang tak sarah?

Wednesday, December 23, 2009

Lama

Kemas-kemas kotak-kotak lama, dalam kotak lama ada diari lama. Baca-baca teringat cerita-cerita lama masa zaman-zaman muda-muda. Apa nak buat ye dengan diari lama? Nak simpan lagi ke?

BEN 10


Lama dah tak deko, deko, deko.
Ini untuk adik Akmal, anak kepada kawan satu opis dengan hubby.
Carrot Cake & Walnut
Cream Cheese Topping
Buttercream Deco
Edible Image

Tima kasih Kak Liza. Glad to know that Akmal liked it.

Monday, December 21, 2009

Sri Ad-Daris PTM : 4 Years' Integrated Pre School

Ini cerita dah lama. Cuma saya nak merekodkan aktiviti ini. Parents - Teachers Meet Sri Ad-Daris Integrated Pre School, pada 15 November lepas. Yusuf Fahim menamatkan setengah tahun pembelajaran di dalam kelas 4 tahun ( walaupun dia baru 3 tahun ).


Ini adalah gambar kelas 4 Tahun , cuma 5 orang daripada 7 orang yang hadir semasa sesi bergambar. Di bawah tu adalah timbunan buku-buku aktiviti sepanjang setengah tahun ini. Yusuf Fahim, duduk, kiri sekali.

Buku Laporan Qiraati/Fardu Ain

(buku laporan yang satu lagi, tertinggal pula nak diambil gambarnya)


Fahim belum pandai bercerita tentang apa yang dipelajari di sekolah. Cuma, dari masa ke masa, dia akan bawa balik buku-buku yang digunakan, barulah kami tahu apa yang dia belajar. Buku Qiraati ini adalah antara buku/kitab yang selalu di bawa pulang, di samping buku rekod pengajian agamanya. Setakat penutup sekolah hujung tahun ini, Fahim telah lancar sampai ke muka surat ini, Buku Qiraati 2, bacaan huruf bersambung, berserta tanda tanwin. Kami telah menjangkakan prestasi ini sebab di rumah pun kami ajar dia mengaji menggunakan kadah Iqra' (sekarang sudah sampai Iqra' 3)

Tapi, kami agak terkejut dengan buku-buku aktiviti lain yang ditunjukkan kepada kami. Banyak juga yang dipelajari ( walaupun hanya lebih kepada pendedahan awal ) oleh budak berumur 3 tahun. Jom kita semak buku2 kerja dia:-

Science Discovery Foundation Book 2
page shows: sitting down, standing up..


Moral Education Values Faoundation Book 2
(page shows 'sharing things at home')


Mari Menyambung Titik dan Mewarnakan Huruf Rumi


Mari Menyambung Titik dan Mewarnakan Angka


Mari Menyambung Titik Dan Mewarnakan Huruf Jawi


English With Phonics Foundation Book 2


Mari Baca Modul 1-2
(dia dah lancar buku ini, tanpa perlu mengeja satu persatu)


Bahasa Arab 5 Tahun
( harus, saya memang tak tahu yang dia ada belajar Bahasa Arab selama ni..)


Asas Fardu Ain 5 Tahun
(Aqidah, Ibadah, Akhlak, Sirah)


Awal Tulisan
( ok juga kan tulisan dia?)


Maths Foundation




Yusuf Fahim dan sebahagian dari 'artwork' nya.. :-)

 Ok. Itu sahaja laporan dari Ummi. Alhamdulillah, Fahim menunjukkan minat untuk ke sekolah, boleh jumpa kawan, belajar dan bermain.


Friday, December 18, 2009

Twilight


I am officially a FAN of the BOOK! (haha, like I have to announce it to the whole world) I have not seen both of the movies. I know, I know, I'm a bit left behind... hahaha.. My dear friend mama ammar blogged about Twilight (the movie) and then New Moon (also the movie), some times ago, and I was like, OK, I have to read the book first. Then another blogger fren, kak da, blogged on how she was sooo bitten, and finished the whole saga in like a few days. So, there was I, a couple of days ago, had the book tucked under my nose and finished reading the first book in 1 and 1/2 days. And, I'm in love with the fictional, everly beautiful vampire, Edward Cullen, of course. Half way reading it, I wish that they had another book from Cullen's perspective. I kept on imagining, what he had in his mind  - of course of his own, not other's thoughts. Then I found myself googling on Edward Cullen ( like he really exists! ), and of course the search led me to many, many 'the world of twilight' related sites, videos, images. I learnt that the writer's is working ( but has been put aside for a while) on The Midnight Sun, which the 'I' would be Cullen. See here for the Chapter 1 manuscript. I liked it.

After watching some of the clips from the movie in youtube, I shall expect some changes here and there from what was written and the movie adaptation. But I hope it's gonna be as good. I found this site that listed the differences . Also, a lil spoiler for me, 'they gonna have a daughter together!' I shall 'hunt' for New Moon fast. Tak tenteram rasa selagi tak habis baca. And rasa macam nak ajak hubby pegi New Moon harini!


*Have watched Twilight and I still prefer the book. :p

Monday, December 14, 2009

Masak-masak Hari Minggu

Hari minggu bolehlah nak masak-masak sikit.

Resipi 1,
Ikan Bawal Kukus Lea ( sempena nama kawan saya yang baik hati kongsi resipi ni di Fb Notes dia, copy n paste resipi asal dari beliau)


IKAN SIAKAP (BAWAL) KUKUS

(mana ikan? dah tak nampak kena tutup dengan cendawan dan jagung baby.. hihi...)

Bahan-bahan:
• 1 ekor ikan siakap (ikan merah/kerapu atau ikan bawal putih pun ok)
• 1/2 camca teh garam
• 1/2 camca teh tepung jagung
• 1/2 camca teh lada sulah
• 3 camca besar jus limau kasturi*
• 1 1/2 camca besar minyak masak*
• 1 1/2 camca teh gula*
• 1/2 camca teh garam*
• 5 - 10 biji cili padi, dihiris*
• 2 batang serai, dihiris halus*
• 1/2 kuntum bunga kantan, dihiris*
• 1 helai daun limau purut, dihiris halus*
• 1/2 inci halia muda. dihiris halus*
• 2 ulas bawang putih, dihiris halus*
• 1/2 camca teh tepung jagung*
• 1/2 camca teh serbuk pati ikan bilis atau 1/2 kiub pati ikan bilis maggi*.

Cara-cara:

1. Ikan dicuci bersih dan lumurkan dgn garam, tepung jagung dan serbuk lada sulah. Ketepikan sementara membuat sosnya.

2. Dalam satu bekas satukan kesemua bahan sos (yang bertanda '*") hingga sebati. Ketepikan. (Saya blend kesemuanya, sebelum ni hiris, rasa macam semak sangat pulak ikan tu..) 

3. Panaskan kukusan dan sediakan bekas tahan panas. Letak ikan tadi ke dalam bekas tahan panas dan tuangkan sosnya rata termasuk bahagian dalam belahan perutnya. Kukus kurang lebih 10 minit bergantung pada saiz ikan atau apa bila daging ikan bertukar menjadi putih. Siap untuk dihidangkan dgn nasi hangat.

4. Selok-eloknya dimakan segera selepas proses mengukus.

Masak-Masak 2
Ayam Panggang Lada Hitam Bermadu

Ini rujuk resipi di blog saudari Hana Jepun. Saya perap sekejap saja, tapi dah terasa pedas, masam manisnya. Saya pun bakar di atas hot non-stick pan saja. Baru feel ayam bakar dengan berasap-asap tu atas dapur, tapi ayam tu masih tak jadi se-glorious ayam yang Hana buat. Tak cukup berkilat.  Copy paste resipi tersebut di sini untuk rujukan saya.
Bahan-bahan
1 ekor ayam (dibersihkan, dipotong ikut suka dan direbus 1/2 masak)
3 ulas bawang putih (ditumbuk) - hana parut
1 inci halia (ditumbuk) - juga parut
1/2 - 1 sudu makan lada hitam (ditumbuk)
sedikit lada sulah
2 sudu makan sos tiram
2 sudu makan kicap pekat
3 sudu makan jus lemon
3 sudu makan madu (dibancuh sedikit dgn air) - hana x ltk air
sedikit garam @ gula jika perlu

Cara-cara : Gaulkan ayam bersama semua bahan di atas dan peraplah semalaman atau sekurang2nya sejam. Kemudian tambah 2 sudu makan minyak zaitun @ minyak masak dan gaul2kan sebelum dibakar. Bakar selama 30 minit pd suhu 200C atau sehingga masak. (terbalikkan ayam 15 minit terakhir)

*Nota: Saya ikut semua yang kak hana buat.. hehe..

Dan juga ada Kek Pisang yang mana gambarnya tak sempat disnap dah habis kena ngap. Siapkan sebiji Carrot Cake and Walnut untuk seorang rakan yang katanya suka semua tentang lobak, tapi tak makan kek lobak. Jadi dia nak cuba lah yang saya buat.

(biasanya tiada pun deko , cuma spread topping cream cheese saja)

Ok, puan-puan selamat mencuba.

Saturday, December 12, 2009

::Sarah Farihah : Happy 5 Months::

"Aaaabbbuuah..." her babbling at 5 months.
(Sila layan klip 1:30mins ini ye. Terima kasih.)



v. bab·bled, bab·bling, bab·bles
v.intr.
1. To utter a meaningless confusion of words or sounds: Babies babble before they can talk.

2. To talk foolishly or idly; chatter: "In 1977 [he] was thought of as crazy because he was babbling about supply side" (Newt Gingrich).
3. To make a continuous low, murmuring sound, as flowing water.

Friday, December 11, 2009

I'm A Sherlock Holmes In The Making

Haha, I know, I'm way.... LATE, for this contest. But, since I've found the hidden image on my first guess of the clues given, I'm gonna post it here anyway. :p



Wednesday, December 9, 2009

MBP Cutest Baby Smiling Contest



"Smiling is something that a baby always do." But for my Imran Fitri, it is not an easy task to capture him smiling. This is one of the very few pieces that have him smiling to the camera. Why do I love to see him smile? Well, because it will 100% transform his serious , 'macho' look into a little cutie munchkin, with his smiling eyes and cheeks and mouth. And of course, being bias, me loves everything him. This is the third time for him to enter the contest, So here goes :

Baby's Name : Imran Fitri

Date Of Birth : 03/11/07

Date Of Photo Taken : May 2009 by a friend of mine, Botaque

So mommies, let's join the fun of the contest, the last one for this year I guess, before they wrap up with The Cutest Baby Of The Year. And the prizes, ah, well who doesn't love photos and handbags? Checkitout!



Akhirnya : Cloth Diapers

The thought of it, sudah lama, semasa masih dalam pantang selepas melahirkan my 2nd son, Imran Fitri. Memang banyak online store yang promote CD, tapi, hati saya masih tak puas kalau saya tak dapat tengok sendiri sebelum membelinya. Well, saya pernah beli sekeping ( haha ) semasa pantang kali kedua tu (Nov 2007), dah tak ingat dari mana saya beli (online), tapi  tidak digunakan sampai lah sekarang. Saya memang berminat. Saya browse hampir semua online store yang offer CD untuk menambah 'koleksi' yang satu tu sebelum memulakan. Memang ada yang kita boleh pergi ke kedai mereaka sendiri (walk-in), tapi lokasi mereka tidak menyebehali saya. Ada satu terletak di Puchong, itu yang paling hampir. Akhirnya saya terjumpa site ini, SaraKids, and yang bestnya, mereka ada kedai yang terletak di kawasan kediaman saya! I have to check it out. Haha, itupun ambil masa yang agak lama untuk saya ke sana, walaupun dekat.
SaraKids offers this brand, Lunatots. I bought 5pcs of the them (one size fits 0-3yrs) for RM207.00. Instruction kata perlu basuh 3 kali sebelum guna, tapi, saya guna selepas 2 kali basuh. Excited!

Day one:

  • Yusuf Fahim pakai semalaman - masih kering sampai pagi. OK. Fahim dah besar, malam je pakai diapers sekarang.
  • Imran Fitri, 1st time Bibik yang pakaikan, petang semalam, selepas sejam dah basah. Itu kata Bibik. Mungkin ada yang tak kena dengan cara pemakaiannya. Nak kena tunjuk sekali lagi nampaknya
  • Sarah Farihah , excellent. 3 keping dari pagi semalam, ke pagi ni.

Memang berbaloi. Memang lah leceh sikit sebab kena basuh, dan perlu kena keluar modal awal yang agak banyak, tapi hati tenteram memikirkan :-

  • Kebaikan material kain berbanding material diapers pakai buang
  • Tak perlu membuang diapers yang tak terbiodegradasi sehingga 100 tahun / or more? (saya bukan environmentalist, but i do believe that a little effort we make can make a difference)
  • Warna dan corak yang menarik
  • Dan yang penting the long term saving yang kita akan dapat , say sebulan RM90 untuk sorang budak pakai disposable diapers x 2 budak x 36 bulan = RM6480 
  •  
  • compared to 
  •  
  • say RM41 x 10pcs x 2 budak x 1.5 ( factor kalau nak beli yang canggih2 sikit) = RM1230, well, you can do your own maths kan.. hehe...berbaloi-baloi..

Nampaknya, it works, and I will add more to my collection, at least to have 10 pcs this month before enough stock to go 100% CD.


Monday, December 7, 2009

Rindu

I miss my hobbies. This and this  I need to make something tonite. I have to.

Sunday, December 6, 2009

There goes my RM7!


Mahal betul. RM7 satu? Ingatkan paling mahal pun dalam RM3. Dahlah susah nak psiko si Fahim tak nak beli belon tu. Kitorang ke SACC MAll tadi, ada ekspo pra sekolah. Banyak lah booth2 kindie sekalian. Ingat nak find out pasal Smart Reader, takde pulak tadi. Lil Caliph nampak menarik. Tapi, untuk sesi depan, area sini, sesi pagi dah penuh. Sekarang abang ke Sri Ad-Daris, ok juga. Nanti cerita detail pasal Ad-Daris dalam entry lain. Saja survey2 yang lain, abang baru nak masuk 4 tahun next year.

Berbalik kepada belon spiderman besar 7 hinggit tu, sampai je rumah, dapat kat Fitri, tak sampai 5 minit, POP!! Oooops.. dah pecah! Aduh.
Ummi tanya dia, "Adik pecahkan belon ye?",
Dia angguk.
"Kenapa adik pecahkan?"
Dia kata " Dush! dush! " , dengan gaya menumbuk nya sekali.
Adoilah.. lawan ngan spiderman dia menang rupanya.. hai laa adik.. mahal tu!

Oh ya, kami try The Noodle Station, setelah restoran itu mendapat review yang agak bagus di sini. Memang banyak betul menu nya. Saya order No.34, tapi, sangat pedas!! So, bolehlah potong itu dari lebih kurang 240 makanan & minuman dalam menu yang ada. Mocha With Ice Cream nya juga pahit. Tak best. tapi Ice Blended Coffee with Caramelnya, nyaman sekali. Roti Bakar - Out! Yang adik-adik saya makan nampak sedap . Tak ingat pula nak ambil gambar. Oh ya, untuk budak, bolehlah order No.39, tak pedas.. Haha... waiter kat situ semua pakai nombor je. Sebut je mana2 nombor dari 240 item tu, diorang boleh mention nama dish tu. 

Ada Karnival Anggerik sedang berlangsung. Anggerik cantik-cantik, tapi sayang, saya bukan peminat. Saya saja masuk ke The Big Brown Bag, sementara menunggu adik saya survey gadjet baru di kedai sebelah, Tapi, disambut dengan ayat ini oleh salespersonnya " The smallest size we have here is double XL ", sambil tengok saya , dan sambung, " this place is esp for the plus size "... patutkah dia cakap cam tu? Macamlah aku tak tau. Kot ye pun, takkan lah orang 'minus size' macam saya ni tak boleh nak masuk tengok-tengok..  

.. panjang pulak entry ni..

Saturday, December 5, 2009

4Fs dah tido

F1 : Kepenatan. Pagi ada ParentsTeachersMeet. Siang sampai malam , main-main, pastu, gaduh-gaduh ngan F2.

F2 : Penat nangis. Tak dapat mainan nangis. Nak n3n3n nangis. Yak nangis. Jatuh terlentang kat lantai bedebuk kepala berebut nak bukak pintu ngan F1, menangis dengan volume maksimum. Terantuk pulak masa lompat-lompat kat katil ngan F1, nangis lagi. Last-last tido ngan F4.

F3 : Hidung block. Tak selesa. Nak cakap , belum pandai lagi.. Nak n3n3n pun susah. Nangis je lah, kena dokong sampai lelap.

F4 : Dah penat study. Besok nak exam CFA. Tido je lah.



Nota :
F1 : Fahim, F2 : Fitri, F3 : Farihah, F4 : F Besar.
F5 : Untuk Refresh Page ini.. hahaha..

No matter what, I love them all, with all my heart. sweet dream, darlings..

Friday, December 4, 2009

Aidiladha 1430H


  •  Random shots from aidiladha
  •  Baju melayu purple, gunapakai semula baju raya puasa haritu
  • Cuti from Khamis sampai Isnin
  • Balik Ledang
  •  Akikah untuk Sarah Farihah ( 1 bhgn lembu ; di Masjid Gersik )