Biasalah. Bila ada cuti panjang, memang lah terpaksa redah jam ni. Kalau tak cuti panjang pun jam! Ni kan pula raya-raya cam ni! 5 jam 30 minit waktu yang di ambil dari Bkt Gambir ke Shah Alam. Tolak berenti makan dan solat 1 jam. Perjalanan yang selalunya 2 1/2 jam saja !
2km sebelum ke exit Pedas dah berhenti terus.
nak exit Pedas pun que panjang!!
Grrr... Itupun kitorang bypass laluan Pedas - Senawang. Ikut jalan dalam. Exit Pedas - belok kiri - belok kiri lagi kat roundabout depan ILM - terus, lalu jalan belok2 - ambik kanan kat T junction - terus lagi sampai jumpa roundabout - ambil kanan - masuk hiway semula kat exit port dickson.
Jalan dalam pun jammed, di simpang tiga Linggi - Seremban
Nasib baik ada sedikit entertainment, budak2 mmg dah restless lah.. (oh, suka citer ni!! touching!)
Selera Sharimah di Pekan Mambau (jadilah dari takde), ada Nasi Lemak dan Roti Canai sahaja hari ini.
Kami buat sedikit detour tadi, singgah Mambau untuk solat dan makan (thanks to En. Garmin) :).
Tapi ada yang lagi kesian, my parents dari Pendang ke Shah Alam, 9 jam 40 minit. Jammed dari tol Juru ke Sg Perak. Clear sampai Gua Tempurung. Berenti kat Tapah. Clear 20 km. Jam lagi sampai jumpa tiga lane dekat Rawang. 2 ptg gerak, 12 malam tiba. *Sigh*











